All for Joomla All for Webmasters
Featured

Fadhilah Mencium Anak, Istri, dan Suami

baguskali.com

baguskali.com

  1. Fadhilah mencium anak

Ciumlah anakmu karena pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu derajat surga. Nisbah di antara dua derajat ialah 500 derajat. Surga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai anak-anak.

Barangsiapa keluar ke pasar dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, niscaya mendapat rahmat daripada Allah SWT dan tidak disiksa di akhirat kelak.

Tahukah anda jika dibiasakan mencium anak sendiri, sifat mencubit atau menganiaya serta memukul anak dapat dihindarkan? Dengan wujudnya sifat suka mencium anak, hormon dan bau anak kita itu akan meresap ke dalam otak kita sekaligus pesan yang mengatakan “aku sayang anakku” akan tersemat terus ke dalam jiwa.

  1. Fadhilah mencium suami

Jika isteri salam dan cium tangan suami, maka gugurlah dosa-dosa kecil si isteri. Restu seorang suami tu penting dalam rumahtangga. Lagipun isteri juga akan dapat pahala. Suami pun mendapat pahala juga kalau dia kecup dahi isteri.

Satu lagi masalah yang banyak isteri tidak sadar ialah tabiat tidur berbantalkan lengan suami. Hanya sedikit sahaja isteri yang tahu bahawa tidur berbantalkan lengan suami + dalam dakapan suami, boleh membuatkan hati suaminya luluh.

  1. Fadhilah mencium isteri

Mencium isteri juga merupakan ibadah. Islam memandang tindakan tersebut sebagai satu perkara yang baik, bahkan dapat memberikan pahala kepada suami.

Isteri pasti akan gembira apabila mereka selalu dicium oleh suami mereka. Hati yang gundah, bisa menjadi bahagia. Gelap kesedihan, bisa menjadi cerah dengan keriangan. Dilihat kepada Nabi, siri tauladan ini menjadi amalan harian Nabi SAW dikala bersama Isteri.

Kesimpulan:
Sebaiknya amalkanlah budaya mencium ini ketika baru berkahwin/mendirikan rumahtangga. Kerana jika tidak di amalkan sekarang, agak ganjal pula bila sudah beranak-pinak nanti.

p/s: rugilah bagi mereka yang sudah berkahwin, tetapi rasa malu untuk mencium anak, suami juga isterinya sendiri.

 

Komentar Anda

Most Popular

To Top